Sesungguhnya Aku Rindu

Rindu. Perkara normal bagi manusia. Rindu mak ayah,rindu kawan-kawan,rindu cikgu dan yang paaaaaaling banyak sekarang rindu kepada kekasih...

Rindu.

Perkara normal bagi manusia. Rindu mak ayah,rindu kawan-kawan,rindu cikgu dan yang paaaaaaling banyak sekarang rindu kepada kekasih pakwe makwe gewe semua tu. Haish..Ye,Zaty sendiri masih muda.( eceh..perasan muda.tak sedar diri tu dah nak masuk angka 20 ) Zaty pernah bercinta malah di usia yang saaaangat muda pada masa tu lah. Budak-budak zaman sekarang lagi ekstrem, darjah dua pun dah bercinta berkaple. Tak tahu lah nak cakap ape. Zaman dah maju katenye. Sesiapa yang tak pernah kaple dikatakan KOLOT. Kolot? Bagi Zaty tak malah Zaty sangat-sangat respect dekat perempuan yang tak pernah bercinta sebab diorang berjaya jage hati daripada perkara yang entah apa apa ni. Okayy,da sangat lari tajuk.

No!bukan! Tajuk kali ni takde kaitan langsung dengan kekasih hati Zaty okayy..Hehe..

Sesungguhnya aku rindu,
Rindu pada seorang sahabat,
Sahabat yang sudah pergi menghadap Illahi.
Rindu kepada arwah Yana.

Kami berkenalan masa mula mula perhimpunan bagi pelajar baru Tingkatan 1. Memandangkan hanya kami berdua pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki, Zaty beranikan diri untuk tegur arwah. Kenangan yang tidak boleh dilupakan. Jodoh maybe, kitorang dua terpilih masuk ke kelas aliran agama,KAA. Arwah Yana adalah sahabat dan juga musuh bagi Zaty. Bunyi musuh tu macam kejam kan?Hahaha..bukan musuh ape pon cuma musuh dalam perlumbaan siapa yang paling hebat dalam akademik. Eh,,kitorang bersaing secara sihat okey..Arwah lah yang selalu teman g CC,library,dating.
Banyak kenangan arwah. lepak sama2,bergaduh,study group..Pergaduhan yang tak boleh lupa waktu kitorang dekat SMART. Pergaduhan kerana air + ego . >o<

Ingat lagi, pagi tu Zaty tengah study untuk exam kimia. Yai tetiba call. Series,time tu Zaty terfikir buang tabiat ke ape Yai call pagi2 camni. Mana taknye pukul 6 pagi call..Bila dapat berita Yana dah takde time tu rasa jantung berhenti kejap.Tak percaya,tipu!Tu yang Zaty fikir. Time jawab exam pon teringat kat arwah.Tahan sebak.Habis exam terus menangis jumpa Eyda. Paling terkilan bila tak sempat jumpa arwah.Tak sempat minta maaf ngan arwah. Lebih terkilan sebab waktu tu hubungan Zaty dengan arwah tak berapa elok. Hanya dapat lihat pusara arwah. Sampai sekarang masih teringat pada arwah.

Entry ni pun ditulis setelah pagi tadi terjaga dari tidur dan teringat pada arwah.
Sesungguhnya mati itu tak kira masa dan umur.
Al-Fatihah.Semoga tenang di sana dan diletakkan disisi orang yang beriman.

p/s: Mati tak tunggu kita bertaubat dulu. Bertaubatlah sebelum terlambat.Dunia hanyala satu  persinggahan.

You Might Also Like

0 cutie